Pages

Snow

Monday, 12 December 2011

Lagu Kanak-kanak + Pantun

video

Lagu ABC - Suku Kata

video

Kata Hubung


video

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa.
Cuba teliti contoh di bawah.
(1) Aminah pandai menyanyi dan menari
(2) Aminah pandai menyanyi
(3) Aminah pandai menari
Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3).
Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.
Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama.
Lihat contoh berikut pula:
(1) Pengetahuan beliau sempit, kupasan-kupasannya cetek, serta contoh-contohnya pula tidak  menarik.
(2) Pengetahuan beliau sempit
(3) Kupasannya cetek
(4) Contoh-contohnya pula tidak menarik.

Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (1)(2) dan (3).
Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung ``serta.''
Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama.
Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan .
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan.
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .

Penjenisan Ayat

Penjenisan Ayat

  • Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
  • Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
  • Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
  • Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
  • Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.
  • Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

Ayat Tunggal
  • Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
  • Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
  • Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).
Ibu negara kita Kuala Lumpur
Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara
Di dalam almari tali leher ayah
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?
  • Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
  • Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Kata Bilangan

Kata Bilangan
Kata bilangan menerangkan bilangan atau jumlah sesuatu,. Lihat penjenisan kata bilangan seperti rajah di bawah:
Jeniskata bilangan
bilangan tentusatu, dua, tiga empat...
bilangan tak tentubanyak semua segala
bilangan himpunankedua-dua, beratus-ratus
bilangan pecahansetengah, dua pertiga
bilangan pisahantiap-tiap, masing-masing, setap
Kata bilangan biasanya berpasangan dengan penjodoh bilangan sebagai penerang kepada kata nama.

contoh:
Datukku berjalan dengan sebatang tongkat.

Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi NamaTugas/contoh
diMenunjukkan tempat (di pejabat)Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
keMenunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)
dariMenunjukkan tempat atu arah datangMenunjukkan waktu atau masa
kepadaMenunjukkan sasaran/ditujukanMenunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan
daripadaMenunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
padaMenunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
untukMenunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
bagiMenunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
demimenunjukkan tujuanmenunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu
tentangMenunjukkan rujukan
denganMenunjukkan turut sertaMenunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan
sejak, semenjakMenjadi penanda waktu atau masa
terhadapMenunjukkan rujukan yang tentu
olehMenunjukkan pembuat dalam ayat pasifMenunjukkan sebab
akanMenunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampaiMenunjukkan had masa atau peringkat
seperti, bagai, umpama, laksana, bakMenunjukkan perbandingan

Ayat Perintah

Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kaji contoh berikut:

Jenis perintah
Kata perintah
Contoh penggunaan
Larangan
Jangan, usah
Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis.

Usah pergi ke sungai yang dalam airnya.
Silaan
Sila, jemput
Sila menjamu selera.

Jemput ke rumah saya malam esok, ada kenduri kawin
Permintaan
Tolong, minta
Tolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri.

Minta bersihkan meja awak.

Kata Tanya

Kata Tanya

Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat.
 Jika predikat didepankan, maka kata tanya hendaklah disertai oleh partikal –kah.
Lihat contoh-contoh berikut:

Harga rumah baru kamu  berapa?
Berapakah harga rumah baru kamu?
Kemalangan itu berlaku bagaimana?
Bagaimanakah kemalangan berlaku?


Kata Seru

Kata Kata Seru

Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
 Contoh:
  • Wah, cantiknya kereta baru kamu!
  •  Aduh, sakitnya hatiku!
  •  Syabas, anda baru sahaja menerima RM1 juta!

 Penting: Kata seru diguna sebelum klausa, dan kata seruan pada penghujung ayat, sebagai penutup ayat seruan itu.

Penggandaan

Penggandaan


  1. Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

  1. Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu

                                             i.            Gandaan penuh
                                           ii.            Gandaan separa
                                          iii.            Gandaan berentak
                                          iv.            Gandaan makna

3.       Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu

                                                   i.                  penggandaan penuh
                                                 ii.                  penggandaan berentak
                                                iii.                  pengandaan separa.


Penggandaan penuh


  1. Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
  2. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk.
  3. Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.

Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:

Kata nama tunggal

Alat
alat-alat
Budak
budak-budak
Rumah
rumah-rumah
Murid
Murid-murid
Kura
Kura-kura
Makan
Makan-makan
Tadika
Tadka-tadika
  

Kata nama terbitan

Ketua
ketua-ketua
Pekebun
pekebun-pekebun
Makanan
makanan-makanan
Persatuan
persatuan-persatuan
pejuang
pejuang-pejuang
Kedutaan
Kedutaan-kedutaan

Penggandaan Berentak

  1. Pengulangan kata dasar  mengikut rentak bunyi kata dasar.
  2. Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah.
  3. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
  4. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
  5. Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:
i.                     penggandaan suku kata awal
ii.                   penggandaan suku kata akhir
iii.                  penggandaan konsonan
iv.                  penggandaan bersisipan
v.                    penggandaan berakhiran

  1. Bagaimanapun, pnggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.
  2. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-) 
  

Rentak pada pengulangan vokal atau diftong

Cerai
cerai-berai
Hina
Hina-dina
Sayu
Sayur-mayur


Rentak pengulangan konsonan

gunung
Gunung-ganang
susap
Susap-sasap
simpang
Simpang-siur
  

Penggandaan suku kata awal

Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:
Bukit
bukit-bukau
Warna
warna warni
Batu
batu-batan
  

Penggandaan suku kata akhir

Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.
Contoh:           
Sayur  
sayur mayur
Kuih
kuih-muih
Lauk 
lauk pauk
                             

Penggandaan konsonan

Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah
Contoh: 
Gunung
gunung-ganang
Guruh
guruh-garah
    

Penggandaan bersisipan

Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.
Contoh:
Tali
tali-temali
Gunung
gunung-ganang
Jari
jari jemari
           
 Penggandaan berakhiran
Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.
Contoh:
Sayur
sayur-sayuran
Biji
Biji-bijian
Barang
barang-barangan
      

Penggandaan separa


  1. Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
  2. Kata tunggal
(a)     Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /

Contoh:             
Kata dasar
Penggandaan penuh
Penggandaan separa
laki
Laki-laki
Lelaki
langit
Langit-langit
Lelangit
suatu
Satu-satu
Sesuatu
budak
Budak-budak
Bebudak
siku
Siku-siku
sesiku


  1. Kata terbitan
(a)     penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.
I.                    Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan.
II.                   Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.

  1. Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)
Kata dasar
Kata terbitan
Kata ganda
bual
Ber + bual
Berbual-bual
cari
Ter + cari
Tercari-cari
gila
Ter + gila
Tergila-gila
borak
Ber + borak
Berborak=borak
akan
Se + akan
Seakan-akan



  1. Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)

Kata dasar
Kata terbitan
Kata ganda
anak
Ber + anak
Anak-beranak
kejar
Men + kejar
Kejar-mengejar



  1. kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. (lihat lampiran)

Penggandaan Makna


  1. Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:

Ipar
ipar duai
Ipar
ipar lamai
Saudara
saudara mara



Makna Penggandaan


Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:

a. menunjukkan banyak

buku
buku-buku
ketua
ketua-ketua
jabatan
jabatan-jabatan
gunung
gunung-ganang
bukit
bukit-bukau


   
b. membentuk nama haiwan
biri-biri
kupu-kupu
kunang-kunang


c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai
langit
langit-langit (menyerupai langit)
siku
siku-siku (menyerupai siku)
orang
orang-orang (menyerupai orang)

         
   
d. Menunjukkan pelbagai jenis
sayur
sayur-mayur
kuih
kuih-muih
saudara
saudara-mara


                   
     

Latihan


a. Nyatakan jenis gandaan perkataan dalam ayat-ayat berikut:

Layang-layang putus talinya
Akan daki gunung-gemunung
Sumber zat makanan terdapat juga pada biji-bijian
Hutang-piutang beliau belum dibayar
Dia berkahwin dengan seseorang yang mempunyai ramai adik-beradik
Jari-jemari para penari itu lembut belaka
Pada waktu malam, api-api berterbangan di angkasa
Layang-layang yang tidur di wayar elektrik itu datang dari Negara Cina pada musim sejuk
Bukit bukau di kawasan itu tidak dilitupi oleh tumbuhan tebal
Apabila buah padi mula timbul orang-orang dipasang di setiap sudut sawah itu.

b. Tentukan makna kata ganda dalam ayat-ayat berikut:

  1. Orang-orang dibuat daripada baju buruk bagi menakutkan burung
  2. Negara Malaysia kaya dengan hasil-hasilan buminya.
  3. Mereka miskin harta benda, tetapi kaya dengan sahabat-sahabat.
  4. Pelajar-pelajar maktab dikehendaki berpakaian kemas apabila keluar dari asrama.
  5. Langit-langit budak itu penuh dengan kudis.
  6. Roda itu mempunyai jejari yang diperbuat daripada aluminium.


c. beri bentuk gandaan kata nama berikut:

  1. hasil
  2. asal
  3. sahabat
  4. pemuda
  5. ibu
  6. datuk